21 September 2011

Salam Buat Semua....

Lina Karmila
Saya dikenali sebagai Lina Karmila, Secara ringkasnya tentang diri Ina... Ina adalah seorang isteri, ibu kepada 2 cahayamata dan bekerja tetap di sebuah syarikat swasta. Buat masa ini, dlm dunia solekan Ina hanya hanya bergiat secara sambilan dan lebih aktif apabila hujung minggu. Ina amat mencintai bidang ini sejak sekian lama. Selama ini Ina hanya ambil remeh tentang minat Ina, orang kata "hanya suka-suka"... Biarpun secara "suka-suka" saya berpengalaman menyolekkan sepupu dan ibu saudara Ina yang melangsungkan perkahwinan....
Setelah beberapa ketika dengan hanya berbekalkan minat, Ina dapat kepercayaan orang, luar dari keluarga Ina. Ini semua hasil dari cerita mulut ke mulut tentang hasil solekan Ina. Sayang sekali Ina tidak mempunyai gambar untuk dikongsikan kepada anda semua kerana seperti yang Ina katakan semua itu hanya suka-suka.


"Bersama "adik" Ina, Emelda "
Atas nasihat adik Ina, Emelda yang sentiasa menyokong dan mempercayai Ina, Ina telah mengikuti kelas solekan dan Dandanan rambut secara formal bersama dengan Make Up Artist yang terkenal iaitu Sue Hashim dan Sharmin Zulkeflee. Melalui beliau, Ina dapat mempelajari cara dan teknik yang betul untuk menyolekkan pengantin, model dan artis. Mereka-mereka inilah sebenarnya yang membuat Ina melangkah dengan lebih yakin di bidang ini.



"Sifu-sifu Ina - Super S - Sharmin Zulkeflee & Sue Hashim"

Begitulah sedikit sebanyak Ina kongsikan pengalaman Ina kepada anda semua. Selepas ini pula, Ina akan kongsikan hasil solekan Ina dan Ina harap anda semua akan sudi untuk memberi kritikan yang membina utk Ina memperbaiki diri....


Sekian...
Lina Karmila